Thursday, May 13, 2010

Alhamdulillah....Akhirnya berjaya juge menghasilkan sebuah blog...yeay!!!

Setelah lama bercadang untuk menulis sebuah blog perkongsian tentang pengalaman menggunakan dan mengedarkan serta mempromosikan produk Imtiyaaz, akhirnya Amal berjaya juge. Takde la sesusah mana pun nak menghasilkan sebuah blog, cume memerlukan sedikit masa untuk membuat research dan ketabahan hati dalam mem'practical'kan segala info yang dikumpul. Semuanya trial & error. Ade yang success dan ade yang failed.

Alhamdulillah Amal ni tergolong dalam golongan kumpulan orang yang mempunyai tahap kesabaran yang amat tinggi (perasan lebey), kalau tidak mahu dihempas je laptop ni ke lantai. Pikir-pikir balik mahal pulak laptop ni terus tak jadi huhu. Al-maklumla, first time berkenalan dengan dunia blogging. Itupun baru gune blogspot, belum lagi gune website berbayar macam dot com or dot my. Lagi fenin. InsyaAllah, Amal pasang niat satu hari nak belajar juga cara-cara nak buat website berbayar nih. Baru la nampak professional skit :).

Mudah-mudahan dengan adanya blog ni, memudahkan Amal untuk berkongsi pengalaman Amal menggunakan produk Imtiyaaz ni dengan anda semua. Best woo hari-hari minum air paip yang ditapis dan beralkali serta mempunyai nilai pH 9.7 ni. Tadah je air dari paip, terus minum. Tak yah dah nak tunggu air panas sampai suhu 100 darjah celcius ataupun tunggu sampai kettle tu bunyi 'keletek' tapi kalau nak minum air panas, kene suamkan la sikit air tu. Jimat masa pun ade. Banyak kebaikkannya. Saya mesti pilih!!! InsyaAllah untuk entri yang akan datang, Amal akan berkongsi kebaikkannya. Tunggu!!! Moga Allah memudahkan segalanya....

Thank you Allah

0 comments :