Sunday, May 30, 2010

Water Filter (Penapis Air) Imtiyaaz Nano Technology Exclusive

Promo Water Filter (Penapis Air) Imtiyaaz Nano Technology Exclusive.

Mesti anda tertanya-tanya apa bezanya antara Water Filter (Penapis Air) Imtiyaaz Nano Technology Special Edition dengan Water Filter (Penapis Air) Imtiyaaz Nano Technology Exclusive ni? Itulah soalan cepu cemas yang selalu Amal terima ketika Amal berjumpe dengan customer.

Ok. Dari segi kelebihan air yang ditapis memang saling tumpah, sama je dengan Water Filter (Penapis Air) Imtiyaaz Nano Technology Special Edition. Jadi tak perlu la Amal nak ulang banyak-banyak kali kelebihannya. Nanti anda boring pula nak baca benda yang sama je kan? Bleh klik disini untuk mengetahui kelebihan air tapisan Imtiyaaz ni. Cuma kalau dah harga die up RM200 lagi dari Water Filter (Penapis Air) Imtiyaaz Nano Technology Special Edition mestilah ade beza skit die punye fungsinya. Takkan la anda sumer nak bagi free je RM200 tu tanpa mengetahui perbezaannya kan. Bagi memenuhi rasa ingin tahu anda, dibawah ni Amal tunjukkan perbezaan antara Imtiyaaz Water Filter Special Edition dan Imtiyaaz Water Filter Exclusive:

Jadual 1: Perbezaan diantara Water Filter (Penapis Air) Imtiyaaz Nano Technology Special Edition dengan Water Filter (Penapis Air) Imtiyaaz Nano Technology Exclusive.

Ape yang membuatkannya istimewa adalah ianya didatangkan dengan tambahan satu lagi tabung. Bagi anda yang ingin melihat gambar tabung-tabung Water Filter (Penapis Air) Imtiyaaz Nano Technology Exclusive, dibawah Amal lampirkan gambarnya.

Gambar 1: Tabung-tabung Water Filter (Penapis Air) Imtiyaaz Nano Technology Exclusive

Anda semua tak perlu risau dengan dengan harga tabung-tabung ni kerana kos penyelenggaraan tabung-tabung ni pun tak la mahal sangat dan tak perlu nak selalu kene tukar or kene bersihkan. Anda masih mampu lagi untuk mengubahnya. Boleh lihat jadual dibawah mengenai tempoh penukaran dan harga bagi setiap tabung Water Filter (Penapis Air) Imtiyaaz Nano Technology Exclusive.

Jadual 2: Tempoh penyelenggaraan dan senarai harga bagi tabung-tabung Water Filter (Penapis Air) Imtiyaaz Nano Technology Exclusive

Untuk memudahkan anda membuat budget kewangan, Amal juga telah kirakan kos penyelenggaraan Water Filter (Penapis Air) Imtiyaaz Nano Technology Special Edition untuk tempoh masa 5 tahun untuk anda fikir-fikirkan...

Jadual 3: Kos penyelenggaraan tabung-tabung Water Filter (Penapis Air) Imtiyaaz Nano Technology Exclusive

Dalam masa 5 tahun, anda hanya perlu membelanjakan sebanyak (RM1596.00)/(60 bulan)=RM26.60 sebulan sahaja.

Tak lengkap la info-info di atas jika kita tak mengetahui fungsi-fungsi tabung ni. So, diantara fungsi-fungsi tabung-tabung tersebut adalah:

1. Yellow Filter: Activated Carbon
Bahan: Tempurung kelapa (100%) dengan proses steam activation
Bahan karbon diaktifkan dalam sistem penapisan air yang terbaik adalah dari tempurung kelapa dan kualitinya bergantung kepada bahan dan cara pemprosesan yang terkini. Karbon diaktifkan menjadi penyerap yang berkesan dan dapat menapis bahan-bahan seperti:
a) Bahan-bahan organik
b) Partikel-partikel detergent, klorin, bahan-bahan kimia, racun serangga
c) Menghilangkan bau dan warna
d) Menyekat virus dan bakteria


2. Blue Ocean Filter: Batu Mineral & KDF-55
Bahan: Batu mineral dari bawah paras laut 400 meter (punca yang tidak dicemari)
Batu mineral mempunyai “zeolite” di mana ia dapat mengeluarkan atau memproses penukaran pelbagai jenis bahan-bahan mineral seperti ion kalsium.
KDF – Kinetic Degradation Fluxion
KDF-55 dari USA yang telah diiktiraf oleh FDA dan EPA
Bahan utama KDF-55 adalah formula campuran gangsa dan zink di mana ia akan bertindak terhadap logam-logam berat seperti LEAD, MERCURY, NICKEL, CHROMIUM, CHLORINE


3. Green Filter: Energy Converter
Bahan: Far-Infrared Energy PHI Ball
Batu tenaga yang dapat mengeluarkan gelombang merah yang panjang. Gelombang semulajadi ini dapat memecahkan kelompok melokul air yang besar menjadi halus dengan getarannya. Air yang halus ini mempunyai tenaga atau aura tinggi. Air ini menjadi seperti spring water semulajadi (lebih dikenali sebagai air hidup). Proses ini dapat:
a) Menambahkan kandungan oksigen dalam air
b) Menambah ion-ion mineral
c) Mengalkalikan air
d) Menyekat pertumbuhan bacteria dan virus


4. Dark Blue Filter: Nano Silver Filter CTO (NSF)
Nano merupakan unit sukatan yang paling kecil. Satu Nano Silver bersamaan satu bahagian dari 1 meter dibahagi kepada 1 billion.
Ujikaji makmal telah membuktikan bahan Ion Silver dapat membunuh 650 jenis kuman. Silver yang dihasilkan dalam saiz yang sangat kecil iaitu Nano saiz menjadikan ia sangat berkesan. Oleh itu ia adalah cara yang termoden masa kini bagi sistem penapis air untuk membasmi kuman dan bakteria.

5. Red Filter: Alkaline Ion
Campuran bahan logam yang dapat menghasilkan ORP (Oxidation Reduction Potential) NEGATIF
a) ORP – Mengurangkan / melambatkan proses pengoksidaan
b) Menghasilkan pH 9 ke atas dimana dapat meningkatkan daya tahan tubuh manusia


6. Pre Filter
Pre Sediment Filter – Langkah pertama untuk menangkis karat, habuk, tana, sisa-sisa tercemar, klorin dan sebagainya

Bagi menambahkan lagi feel anda kepada Water Filter (Penapis Air) Imtiyaaz Nano Technology Exclusive ini, Amal lampirkan gambar-gambarnya dibawah ini untuk tatapan umum. Layannnn...

Gambar 2: Water Filter (Penapis Air) Imtiyaaz Nano Technology Exclusive tertutup

Gambar 3: Water Filter (Penapis Air) Imtiyaaz Nano Technology Exclusive terbuka

Akhir kalam, kalau anda ade rezeki lebih, belilah Water Filter (Penapis Air) Imtiyaaz Nano Technology Exclusive ini kerana kelebihannya bukan kepalang. Kalau tak de rezeki yang lebih, Water Filter (Penapis Air) Imtiyaaz Nano Technology Special Edition pun ok. Jadilah pengguna bijak. Mengapa perlu bayar harga yang TINGGI, sedangkan anda MAMPU memilikinya dengan harga yang RENDAH. Anda dapat menikmati air yang bersih dan berkhasiat pada harga RM798 sahaja!!! Rebutlah peluang ini. Jangan berlengah lagi, utamakan kesihatan anda dan keluarga anda. Jika sudah memiliki, apakata hadiahkan kepada ibu, ayah, adik-beradik serta sepupu-sepapat anda. Ingatlah pada orang yang tersayang!!!

Wednesday, May 26, 2010

Putih VS Kelabu

Bagi anda yang inginkan kelainan warna, Water Filter (Penapis Air) Imtiyaaz Nano Technology Special Edition didatangkan dengan dua pilihan warna yang berbeza. Cuba anda teka dimanakah perbezaannya?

Gambar 1: Water Filter (Penapis Air) Imtiyaaz Nano Technology Special Edition bercermin putih tertutup

Gambar 2: Water Filter (Penapis Air) Imtiyaaz Nano Technology Special Edition bercermin putih terbuka

Gambar 3: Water Filter (Penapis Air) Imtiyaaz Nano Technology Special Edition bercermin kelabu tertutup

Gambar 4: Water Filter (Penapis Air) Imtiyaaz Nano Technology Special Edition bercermin kelabu terbuka

Sudah ketahuan? Ya, cuba lihat pada warna cermin dan sticker design!!! Kalau tidak nampak perbezaannya, Amal mencadangkan supaya anda membeli produk Permata Hijrah sebelum anda terlambat.

Walaupun terdapat perbezaan daripada segi warna dan sticker design tetapi fungsinya dan harganya tetap sama. Kualiti air memang dijamin terbaek untuk kesihatan anda. Jadi apa tunggu lagi. Pilih saja warna kegemaran anda.

p/s - sekiranya anda tidak mempunyai ruang yang mencukupi untuk meletak penapis air Imtiyaaz di para dapur anda, jangan risau kerana ianya juga boleh disangkut di dinding.

Tuesday, May 25, 2010

Water Filter (Penapis Air) Imtiyaaz Nano Technology Special Edition.

Promo Water Filter (Penapis Air) Imtiyaaz Nano Technology Special Edition.

Mungkin ada diantara kita yang tercari-cari untuk membeli produk penapis air di pasaran sana tapi terbantut oleh kerana harganya yang mahal ataupun kos penyelenggaraannya yang tinggi. Kini anda tidak perlu risau lagi kerana apa yang bakal Amal promosikan di sini mampu membuatkan anda tersenyum lebar hingga ke telinga.

Memperkenalkan Water Filter (Penapis Air) Imtiyaaz Nano Technology Special Edition. Minuman air berteknologi Nano Imtiyaaz mampu meningkatkan sistem metabolisma badan. Air Berteknologi Nano Imtiyaaz bukan sahaja dapat memberi tenaga tambahan malah ia juga dapat meningkatkan daya ketahanan badan serta mencegah penyakit. Air yang terhasil daripada Penapis Air Imtiyaaz mengandungi 5 kelebihan yang utama:

1. Mengandungi tahap alkali yang tinggi (ph 9.7) yang berupaya menyingkirkan toksid di dalam badan. Makanan dan minuman yang berasid tidak baik untuk kesihatan yang mana menjadi pemangkin kepada penyakit kanser untuk jangka masa panjang.
2. Mengandungi kadar oksigen dan 66 mineral yang sangat tinggi yang diperlukan oleh badan.
3. Molekul air yang halus (teknologi NANO) mudah diserap oleh badan manusia.
4. Bersih dan selamat – ‘chlorine free’ dan tidak mengandungi bahan yang membahayakan kesihatan.
5. Bahan-bahan yang digunakan adalah dari sumber yang halal dan suci - boleh diminum tanpa was-was.

Untuk pengetahuan anda, Water Filter (Penapis Air) Imtiyaaz Nano Technology Special Edition didatangkan dengan 5 buah tabung (4 dalam + 1 luar).

Gambar 1: Tabung-tabung Water Filter (Penapis Air) Imtiyaaz Nano Technology Special Edition

Kos penyelenggaraan tabung-tabung ini juga teramat murah dan saya percaya anda mampu untuk mengubahnya!!! Untuk memudahkan rujukan anda semua, Amal telah menyusun tempoh masa yang anda perlu tukar tabung-tabung tersebut beserta dengan harganya sekali.

Jadual 1: Tempoh penyelenggaraan dan senarai harga bagi tabung-tabung Water Filter (Penapis Air) Imtiyaaz Nano Technology Special Edition

Amal juga telah kirakan kos penyelenggaraan Water Filter (Penapis Air) Imtiyaaz Nano Technology Special Edition untuk tempoh masa 5 tahun untuk anda fikir-fikirkan...

Jadual 2: Kos penyelenggaraan tabung-tabung Water Filter (Penapis Air) Imtiyaaz Nano Technology Special Edition

Dalam masa 5 tahun, anda hanya perlu membelanjakan sebanyak (RM1370.00)/(60 bulan)=RM22.83 sebulan sahaja. Tak perlu lagi nak bawa berbotol-botol tong air untuk isian di mesin RO water ataupun membeli berbotol-botol air mineral dekat pasaraya Mydin ataupun Giant. Jimat masa dan jimat duit. Badan pun tak berpeluh dan lenguh-lenguh membawa botol-botol air tersebut. Woha~.

Diantara fungsi-fungsi tabung-tabung tersebut adalah:

1. TABUNG PRE (di luar) - Penapis Sedimen PP
Langkah pertama untuk menangkis karat, habuk, tanah, sisa-sisa tercemar, klorin dan sebagainya.

2. TABUNG A – Karbon yang diaktifkan dengan Granular NSF + KDF-55
Untuk menyerap bahan seperti bau, rasa, besi berat, klorin yang berlebihan dan bahan pencemar yang lain.

3. TABUNG B – Blok Karbon Aktif
Untuk menyerap warna, bau, sisa-sisa toksik (klorin, trihalometana, bahan kimia organik) dan radioaktif.

4. TABUNG C – Penapis Tenaga Optimum
- Mengandungi lebih daripada 10 jenis mineral dan ion negatif yang diperlukan untuk badan manusia.
- Memperbaiki nilai pH air mendekati kealkalian.
- Mempunyai kesan anti-oksida.
- Memecahkan molekul air kepada pecahan kecil untuk penyerapan lebih baik dan memperbanyakkan kandungan oksigen dalam air.


5. TABUNG D - Blok Karbon Aktif Nano Perak
Menggunakan teknologi Nano dari Jepun yang dapat mengelak pertumbuhan bakteria secara berkesan. Membantu menangkis bahan kimia yang berbahaya, sisa-sisa radioaktif dan besi berat (aluminium, merkuri dan sebagainya) yang mengancam kesihatan kita.

Dengan kelebihan-kelebihan yang Amal nyatakan di atas, anda pasti tidak percaya jika Amal katakan bahawa harga seunit Water Filter (Penapis Air) Imtiyaaz Nano Technology Special Edition ini di bawah daripada RM1000.00 iaitu RM598.00 sahaja. Ya itu adalah kenyataan. Ramai di kalangan customer Amal yang telah membeli penapis air Imtiyaaz dengan Amal sewaktu di karnival-karnival sekitar Lembah Klang (Amal ade buka booth) pada mulanya tidak percaya. Ada yang mengatakan “kot-kot harga maintenance die mahal sbb tue harga murah”. Selepas Amal terangkan kepada mereka tentang kos penyelenggaraan yang perlu mereka tanggung selama masa 5 tahun, baru mereka mengakui bahawa Water Filter (Penapis Air) Imtiyaaz Nano Technology Special Edition memang terbaek dari ladang. Ada yang diantara mereka membeli penapis air Imtiyaaz ni untuk menggantikan penapis air yang mereka miliki sedia ada kerana tak mampu nak menanggung kos penyelengaraan yang sangat tinggi. Water Filter (Penapis Air) Imtiyaaz Nano Technology Special Edition juga didatangkan dengan 2 design yang berbeza.

Akhir kalam, jadilah pengguna bijak. Mengapa perlu bayar harga yang TINGGI, sedangkan anda MAMPU memilikinya dengan harga yang RENDAH. Anda dapat menikmati air yang bersih dan berkhasiat pada harga RM598 sahaja!!! Jangan berlengah lagi, utamakan kesihatan anda dan keluarga anda. Jika sudah memiliki, apakata hadiahkan kepada ibu, ayah, adik-beradik serta sepupu-sepapat anda. Ingatlah pada orang yang tersayang!!!

Thursday, May 13, 2010

Alhamdulillah....Akhirnya berjaya juge menghasilkan sebuah blog...yeay!!!

Setelah lama bercadang untuk menulis sebuah blog perkongsian tentang pengalaman menggunakan dan mengedarkan serta mempromosikan produk Imtiyaaz, akhirnya Amal berjaya juge. Takde la sesusah mana pun nak menghasilkan sebuah blog, cume memerlukan sedikit masa untuk membuat research dan ketabahan hati dalam mem'practical'kan segala info yang dikumpul. Semuanya trial & error. Ade yang success dan ade yang failed.

Alhamdulillah Amal ni tergolong dalam golongan kumpulan orang yang mempunyai tahap kesabaran yang amat tinggi (perasan lebey), kalau tidak mahu dihempas je laptop ni ke lantai. Pikir-pikir balik mahal pulak laptop ni terus tak jadi huhu. Al-maklumla, first time berkenalan dengan dunia blogging. Itupun baru gune blogspot, belum lagi gune website berbayar macam dot com or dot my. Lagi fenin. InsyaAllah, Amal pasang niat satu hari nak belajar juga cara-cara nak buat website berbayar nih. Baru la nampak professional skit :).

Mudah-mudahan dengan adanya blog ni, memudahkan Amal untuk berkongsi pengalaman Amal menggunakan produk Imtiyaaz ni dengan anda semua. Best woo hari-hari minum air paip yang ditapis dan beralkali serta mempunyai nilai pH 9.7 ni. Tadah je air dari paip, terus minum. Tak yah dah nak tunggu air panas sampai suhu 100 darjah celcius ataupun tunggu sampai kettle tu bunyi 'keletek' tapi kalau nak minum air panas, kene suamkan la sikit air tu. Jimat masa pun ade. Banyak kebaikkannya. Saya mesti pilih!!! InsyaAllah untuk entri yang akan datang, Amal akan berkongsi kebaikkannya. Tunggu!!! Moga Allah memudahkan segalanya....

Thank you Allah